Jam loceng disisi meja mengejutkan lena Mya. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba menekan butang off pada jam loceng digital berwarna putih susu dihiasa bunga-bunga kecil berwarna biru. Suasana kembali sunyi. Cuma bunyi hembusan penghawa dingin yang sejak malam tadi terpasang didalam bilik ini kedengaran berderu. Mya menggosok perlahan matanya yang masih berat. Ah, malasnya nak bangun!
Mya menggeliat malas sambil menguap kecil. Terasa amat indah kalau dia dapat kembali menyambung lenanya beberapa jam lagi. Tetapi terkenang tugasnya yang masih banyak menanti, dia tidak ada pilihan yang lain. Dia perlu bangun dan memulakan rutin hariannya yang tidak boleh tidak.
Mya mengeluh perlahan. Pagi yang sama seperti hari-hari yang telah berlalu. Dia menoleh sekilas ke kanan dan kelihatan lelaki di sisinya masih dibuai lena yang panjang. Langsung tidak terganggu dengan bunyi jam loceng yang nyaring tadi.
Tidur mati betul ! jam menjerit macam nak pekak telinga, dia masih tidur lena.. getus hatinya sambil mencebik. Entah sebab dia meluat dengan sikap lelaki itu, atau mungkin juga sebab dia dengki kerana tidak boleh sambung tidur semula.
Dengan malas Mya melangkah ke bilik air yang jaraknya hanya beberapa langkah untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Tidak kuasa dia hendak mandi seawall jam tujuh pagi seperti ini. Bukannya dia yang kena berkejar ke sana sini untuk bekerja. Hidupnya terlalu mudah walaupun hakikatnya terlalu payah.
Tidak sampai sepuluh minit, mya sudah berada di tingkat bawah menyediakan sarapan. Itulah rutin harian hidupnya setiap hari. Tidak ada yang berubah sejak dia bersama Mikail. Segala keperluan Mikail dijaga sebaik mungkin. Makan minumnya, pakaiannya, kebersihan rumahnya dan semua harta benda lelaki itu dijaga rapi kerana dia tahu Mikail amat teliti dan cerewet. Malah terlalu cerewet hingga membuatkan dia rimas. Serba tak kena hendak menyentuh harta benda lelaki itu. Silap gaya atau tersalah buat kerja, mahu kena marah dan jerkah. Cakapnya memang tidak pernah berlembut, asyik baran tidak tentu hala. Sudah masak sangat dengan perangai lelaki itu setelah dua tahun mereka hidup bersama. Jelingan dan pandangn tajam Mikail senang senang dibaca oleh hatinya. Dia tahu kalau lelaki itu marah,geram,menyampah atau meluat. Sudah boleh ramal bila masanya dia hendak mengamuk. Dia sudah lali dengan sikap Mikail, sudah tidak menjadi kudis dalam hidupnya.
Mya tersenyum puas melihat sarapan pagi sudah siap terhidang di atas meja ruang makan. Nasi goreng cina sayur lebih, telur dadar, jus oren dan susu segar, semua disusun elok. Malah sengaja dia meletakkan hiasan bunga segar disi meja kerana itu adalah kegemaran Mikail. Tisu,sudu,pinggan dan gelas juga disusun kemas mengikut aturan yang sudah Mikail tetapkan.
Makin bertambah baik skill memasak aku, lama-lama confirm boleh bukak restoran!
Mya tersengih sendiri . Tidak sangka yang dia semakin mahir membuat kerja-kerja di dapur. Kalau diikutkan dulu, dialah yang paling pemalas hendak bermain dengan kuali dan periuk. Tetapi sekarang sudah tidak ada pilihan, nak tak nak kena buat juga. Daripada tidak pandai, terus jadi pandai akhirnya.
“ Ni apesal tersengih sorang-sorang ni? “
Mya tersentak dan segera menoleh. Sudah tentulah Mikail yang bertanya, siapa lagi yang ada di dalam rumah ini kalau bukan mereka berdua. Mya berpura-pura tidak dengar pertanyaan Mikail tadi. Sebenarnya dia termalu sendiri, entah apala Mikail akan fikir bila tengok dia menyengih begitu pagi-pagi. Dah la belum mandi!
Mikail mengambil tempat di meja makan, dan pastinya di hujung meja. Port rasmi lelaki berusia dua puluh lapan tahun itu.
Mya pantas menyenduk nasi goreng kedalam pinggan Mikail dan menuangkan segelas jus oren di dalam gelas.Melihatkan gaya Mikail pagi ini, hatinya diserbu pertanyaan. Pelik!
Tak kerja ke mamat ni hari ni? Elok aje pakai T-Shirt dengan seluar pendek? Desis hatinya. Namun bimbang Mikail menyedari pandangan matanya, pantas dia beralih ke hujung meja.
Mya mengambil tempat berhadapan dengan Mikail dan masing-masing mendiamkan diri seperti kebiasaannya.
Seperti pagi-pagi yang sebelumnya, suasana sunyi tanpa bicara mesra. Mikail asyik dengan makananya dan Mya pula buat-buat sibuk menghadap pinggannnya sendiri. Tidak adalah tersa sangat hendak makan, namun dia terpaksa juga menemani lelaki itu bersarapan bersama. Sekali-sekala dia menjeling kea rah Mikail yang leka menyudu nasi sambil membaca akhbar Inggeris.
Hmmm.. betul ke dia tak kerja hari ni ? Nampak relaks semacam aje ? selalunya bukan main tak menyempat nak berkejar ke office. Cuti ke? Alahai… janganlah cuti! Mya terkulat-kulat sendiri. Tidak selesa berada didalam rumah ini jika Mikail turut ada sama. Pelik, tapi itulah hakikat sebenarnya. Dia takkan berasa bebas untuk berlega-legar di dalam kondo ini.
“ awak ada nak tanya saya apa-apa ke ? “
Pertanyaan Mikailmembuatkan Mya tersentak. Hamper-hampir dia tersedak nasi goreng yang sedang dikunyahnya.
Mya angkat muka memandang Mikail yang masih merenung akhbar. Riaknya serius seprti selalu. Manusia kedekut senyuman – itulah Mikail!
“ Eh, mana ada apa…” Mya pura-pura meneguk jus oren. “ saya okey aje.”
Mikail meletakkan akhbar disisi dan mencapai gelas jus oren dan meneguknya perlahan. Matanya merenung Mya yang kelihatan sedikit gelisah. Jelas gerak geri Mya Nampak pincang di pandangan matanya. Bagai ada sesuatu yang disorokkan oleh Mya daripadanya. Ah, dia bukan bodoh untuk tidak mengerti bahasa tubuh Mya Arlissa.
“ Hari ni saya tak kerja. Public holiday, kan!”
Bagaikan dapat meneka kebingungan gadis dihadapannya, Mikail merungkaikan apa yang tersirat. Dia Nampak jelas wajah Mya yang kurang senang melihat dia berpakaian biasa hari ini.
Mya telan liur namaun dia mengangguk dengan kata-kata Mikail. Ada rasa hampa didalam hatinya dengan kenyataan itu. Jika Mikail tidak bekrja, bermakna dia terpaksa terperap di dalam kondominium mewah ini sehari suntuk. Dia perl;u melayan dan menatang Mikail bagaikan minyak yang penuh.
Eh, bosan la! Sangkaannya hari ini dia berpeluang keluar mengambil angin bersama Adam. Lagipun Adam sudah berjanji hendak temankan dia ke kedai buku untuk mezmbezli novel terbaru. Banyak sangat dia ketinggalan novel-novel cinta keluaran terbaharu. Asyik ulang baca novel-novel yang dibelinya beberapa bulan lepas. Dah naik lunyai buku itu.
“ awak ni kenapa? Mikail menjeling sekilas. Macam dia tidak tahu gadis di hadapannya ini klihatan resah dan tidak senang duduk bila tahu dia tidak ke pejabat pagi ini.
“ kalau awak nak keluar,keluar ajelah. Tak payah buat muka macam tu.”
Mata Mya terbuntang memandang Mikail yang masih bereaksi serius. Anehnya, bijak sungguh Mikail membaca rasa di dalam hatinya. Ada ilmu magik kea pa mamat ni?
“Eh, ada ke saya cakap saya nak keluar? Mya meneguk jus sekali lagi, tanda menghilangkan gelabahnya. “Saya takde plan pun lagi.”
“Tak payah la awak nak berlakon pulak,Mya. Saya Nampak SMS Adam dalam telefon awak.”
Kata-kata Mikail bagai menyucuk jantung Mya. Rasa seperti dia mahu menghentakkan kepalanya sendiri ke meja makan masa itu. Walaupun kecilnya sedikit bengang dengan tindakan Mikail menceroboh privasinya, namun dia tidak berani mengatakannya secara berdepan.
Selama ini dia sendiri tidak pernah mengusik harta benda peribadi milik Mikail kerana dia tahu adab yang sewajarnya. Buakan seperti lelaki itu yang bebas bertindak sesuka hati tanpa berfikir. Mentang-mentanglah telefon itu dibeli dengan duitnya,terus Mikail mengistiharkan dia berhak menggodeknnya tanpa meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Kurang asam betul!
“ Oh,memang dia ajak saya keluar.” Mya berlakon tenang sambil mengangkat pinggan ke sinki. “Tapi saya tak kata la comfirm nakkeluar dengan dia. Banyak kerja nak buat kat rumah kan.?”
Tangan nya ligat mencuci pinggan,namun dadanya berdebar kencang. Saat ini dia tidak boleh berlaga pandang dengan Mikail. Bimbang kerana Mikail begitu bijak meneka apa yang etrsirat dihatinya. Kono cakap dimulut tidak mahu keluar dengan Adam,padahal didalam hati bukan main teringin lagi. Bukan sebab Adam, tetapi sebab dia memang bosan duduk terperap dalam kondo ni.
“ Tahu pun! Jadi jangan ada hati nak keluar, saya tak izinkan.”
Nada suara Mikail yang serius membuatkan Mya seram. Bukan dia tidak tahu sikap baran lelaki itu, Cuma belum sampai tahap tangan naik ke badan saja. Setakat mencAmpak dan menbaling barang tu, sudah lali dia melihatnya. Lagi pulak kalau hempas-hempas cawan atau gelas, memang kepakaran nombor satu dia la tu. Sudahnya kita yang jenuh nak bersihkan semua kaca-kaca itu. Apa jenis penyakit entah!. Penyakit orang banyak duit la tu. Tak kisah rosakkan harta benda sendiri, esok-esok boleh beli yang baharu.
“ kemas meja ni cepat , lepas ni naik atas,” arah Mikail dengan muka mencuka.
“ naik atas? Errrr…kenapa? Mya berpaling memandang Mikail yang sudah berdiri di sisi meja. Lelaki itu melipat akhbar yang dibacanya tadi dan meletakkannya di atas meja makan.
“ Jangan banyak soal boleh? Tajam Mikail mejelingnya. “ jangan lupa mandi dulu,”
Sempat lelaki itu berpesan sebelum hilang disebalik dinding yang memisahkan ruang makan dan ruang tamu itu.
Mya mengeluh, seakan memahami maksud Mikail. Dah agak dah, mesti kena!
Mya membuka mata apabila terasa badannya lenguh-lenguh dan sakit. Lenanya tergangu dengan rasa yang tidak selesa itu. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan sasa milik Mikail yang melingkari tubuhnya dibawah selimut yang tebal. Jenuh juga dia berusaha mengalihkan tangan Mikail kerana pelukan lelaki itu amat erat di pinggangnya. Setelah rangkulan Mikail terlerai,Mya berpusing menghadap lelaki itu. Kediginan penghawa dingin didalam bilik utama ini membuatkan dia terlupa yang waktu sudah menganjak ke tengah hari. Nyamannya bagaikan terasa masih di waktu pagi. Kalau dilayan mata ni memang boleh terlajak sampai ke petang.
Mya memandang Mikail disisinya yang masih lena dalam dengkur halus. Wajah lelaki itu terlalu dekat dengan wajahnya. Jadi dia punya waktu meneliti seraut wajah itu sepuas-puasnya. Kalau dalam sedar memang dia takkan berani menentang pandangan Mikail. Bimbang lelaki itu akan mengherdik atau memarahinya. Dulu dia pernah sudah kena sekali,Mikail marah-marah dengan alas an tidak suka direnung begitu. Sejak itu Mya Cuma berani mencuri pandnag kea rah Mikail.
Mya akui yang Mikail memang kacak bergaya. Kulitnya yang cerah, tubuhnya yang tinggi dan sasa pasti membuatkan ramai gadis tersungkur dikakinya. Tambahan pula kalau Mikail tampil dalam sepersalinan sut korporat, memang terserlah karisma lelaki itu. Nampak sangat yang dia punya duit yang bukan sedikit. Demgan pakaian yang berjenama dari atas sampai ke hujung kaki, diiringi pula dengan kereta mewah bersilih ganti, memang senang hendak menggoda perempuan. Tambahan pula kalau perempuan-perempuan yang jenis gilakan kebandaan.
Paras Mikail disempurnakan dengan sepasang lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Bila lelaki itu tersenyum terserlah kelebihannya. Mikail jarang tersenyum untuknya . dia Cuma boleh melihat lelaki itu tersenyum apabila Mikail bersembang di telefon dengan rakannya. Atau ketika melepak bersama Adam dan kawan-kawannya di kelab malam. Bukan main lebar sengehnya.
Jemari runcing Mya hamper menyentuh pipi Mikail. Semakin dekat jemarinya menyentuh pipi Mikail, semakin kencang degup jangtungnya. Sudahnya jari itu kaku sebelum singgah ke pipinya sendiri. Dia tidak boleh lalai.
Sungguh dia teringin benar membelai seraut wajah itu penuh kasih. Tetapi bila mengingatkan amaran Mikail suatu masa dulu,dia kecut perut. Tetapi entah mengapa setiap kali mereka ‘bersama’, Mya dapat merasakan perasaan aneh yang terbit daripada Mikail untuknya. Atau sekadar nafsu seorang lelaki terhadap seorang perempuan? Atau sememangnya Mikail juga berkongsi rasa yang sama dengan nya?
Mya mengetap bibir. Mustahil Mikail menyukainya. Dia yakin tentang itu. Malah hatinya kuat menyatakan yang Mikail sudah punya seseorang didalam hatinya. Cuma dia tidak pernah tahu siapa kerana tidak pernah pula dia ternampak gambar mana-mana wanita dalam simpanan lelaki itu.
Mungkin juga kekasihnya berada diluar Negara menyambung pengajian. Rugi rasanya jika lelaki yang fizikalnya sempurna tidak mempunyai teman wanita. Atau mungkin juga kerana perangainya yang cerewet Mikail membuatkan tidak ada perempauan yang mahu dekat dengannya.
No comments:
Post a Comment